Monday, 8 February 2016

TAHAP pH DALAM AIR MINUMAN CINTA DAN AIR BERALKALI AFIAT





Saya sering dihujani dengan banyak pertanyaan tentang kualiti air yang syarikat kami keluarkan dan pasarkan semasa bertemu para pelanggan. AO yang saya boleh perkatakan bahawa kualiti air yang dikeluarkan adalah setaraf dengan kebanyakan jenama yang sedia ada di dalam pasaran. Soalan kedua yang biasa ditanyakan adalah tentang tahap pH di dalam air minuman tersebut.


Kadar pH membezakan samaada air itu keras atau lembut - hard or soft. pH air tulin adalah 7. Umumnya, kalau pH kurang dari 7, air itu dipanggil berasid, dan kiranya melebehi 7, dipanggil beralkali. pH biasa utk air dipermukaan bumi adalah antara 6.5 - 8.5 sementara air bawah tanah adlaha antara 6 - 8.5.
  


Air yg mempunyai pH < 6.5 biasanya lembut tetapi bersikap menghakis. Air berasid mungkin mengandungi bahan galian bertoksik spt zat besi, mangan, plumbum - lead dan zinc. Air berasid mampu menghakis paip besi, dan boleh menyebabkan air berasa masam. Air berasid turut mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan. pH kurang dari 4 boleh menyebabkan mata bertukar merah dan gatal. pH kurang dari 2.5 pula meyebabkan kerosakan sel epithelium secara kekal.

Air yg mempunyai pH > 8.5 pula menandakan air mempunyai sifat keras, berasa pahit dan menyebabkan pembentukan sisik pada peralatan pencucian.. Ini juga mempunyai kesan negatif terhadap kulit. Contohnya pH >  11 menyebabkan kulit gatal dan menyebabkan penyakit kulit sedia ada bertambah serius. Ada bukti menunjukkan pH 10–12.5 boleh menyebabkan gentian rambut membengkak. Kadang-kadang ia turut boleh menyebabkan gangguan saluran pemakanan terhadap individu yg sensitif.



Kesimpulannya kandungan optimum adalah berbeza bergantung kepada pembekal dan sistem pemasangannya. Tetapi ia seharusnya diantara 6.5 - 9.5.


Guidelines for drinking-water quality, 2nd ed. Vol. 2. Health criteria and other supporting information. World Health Organization, Geneva, 1996.

PH AIR MINUMAN


Saya sering dihujani dengan banyak pertanyaan tentang kualiti dan tahap pH didalam air minuman yg syarikat kami bekalkan.
 
Secara umumnya, pH di dalam air minuman adalah salah satu indikator samada air tersebut sehat atau sebaliknya. Ia bergantung kepada tahap asid atau alkali yang terdapat di dalamnya. pH 7 adalah tahap normal, pH melebihi 7 dipanggil beralkali sementara air minuman dgn pH kurang dari 7, maka  itu dipanggil berasid.

Secara mudahnya, kita boleh gambarkan tahap pH berdasarkan ilustrasi berikut.
  • Jus oren - 3.5
  • Kopi - 5.5 
  • Susu - 6.2
  • Baking Soda - 8.5 
  • Air bersabun - 10
  • Bleach - 12 




Umumnya pH kurang dari 7 adalah bersifat lembut tetapi boleh menghakis. Kebiasaanya air berasid mempunyai kandungan ion toksik yg terdiri dari plumbum, mangan, zat besi dan zink. Ia boleh menghakis sistem paip besi dan menyebabkan air berasa masam. Selain daripada itu, air berasid pada tahap pH 4 boleh menyebabkan merah dan gatal mata kepada para pengguna. Malah, kajian menunjukkan bahawa lebih rendah aras pH, makin serius masalah yg dihadapi. Contohnya, pH kurang dari 2.5 boleh merosakkan sel epithelium secara kekal.

Air beralkali lebih dari 8.5 pula bersifat keras dan menyebabkan air terasa pahit. Air beralkali dengan pH melebihi 11 boleh menyebabkan kerengsaan mata dan penyakit kulit yg bertambah serius. Pada tahap pH 10 –12.5, ia boleh menyebabkan bengkak gentian rambut. Gangguan terhadap saluran pemakanan turut boleh berlaku terhadap individu yg sensitif. Seing juga berlakunya pembentukan sisik pada peralatan penyimpanan air yang digunakan. 

Kesimpulan.
pH adalah antara kualiti penting pada bekalan air minuman kita.
Tahap pH adalah berbeza bergantung kepada punca bekalan air dan sistem pembekalan yg digunakan. Walau bagaimanapun, tahap optimum pH yg boleh diterima pakai adalah antara 6.5 hingga 9.5 


Guidelines for drinking-water quality, 2nd ed. Vol. 2. Health criteria and other supporting information. World Health Organization, Geneva, 1996.© World Health Organization 2003




             




Thursday, 4 February 2016

KEPENTINGAN AIR KEPADA MANUSIA


Setiap manusia dewasa memerlukan air minuman sebanyak 1.5 - 3 liter air pada setiap hari. Tentu ramai tertanya-tanya kenapa kita perlukan air sebanyak itu. Gambar ini dapat memberi penerangan yg jelas tentang manfaat manusia kepada kita. Bersyukurlah kita kepada Tuhan yang telah memberikan nikmat air minuman kepada kita dan seluruh dunia.


                             





Wednesday, 3 February 2016

SUCIKAH AIR MINUMAN KITA_

Askm. Hari ini, saya bertemu dengan seorang pesakit yang mengalami dehidrasi disebabkan penggunaan ubat frusemida  yang belebihan. Kasihan, beliau kurus kering, dan sangat lemah hingga terpaksa menggunakan kerusi roda dibantu oleh anak lelakinya.

Oleh itu, jagalah nikmat air yang Allah ciptakan untuk kita.

Pembahagian air menurutAllahyarham Dr Utz Hj Fadzil Hj Awang dlm kitab hidup ibadah.

1. Air mutlak - air yang suci lagi menyucikan
2. AIr mustakmal - air yang telah digunakan utk mengangkat hadas spt air bekas wudhuk atau air mandi wajib yang tidak sampai 2 kolah.
3. Air mutanajjis - air yang terkena benda2 najis
4. Air mutaghayir - air yang berubah disebabkan bercamour dengan benda halal spt nila, dakwat dll. Termasuk juga adalah air buah-buahan.
5. Air musyammas - air yang di simpan di dalam bekas yang boleh berkarat.

Dr Abd Rahim

Tuesday, 2 February 2016

Ini Cerita Saya


Askm. Hi.

Salam pengenalan dari saya. Nama saya Abd Rahim. Tapi ramai orang yg mengenali saya sebagai Dr Rahim. Saya adalah seorang pakar perubatan dan pakar jantung di Kedah Medical Centre, Alor Setar, Kedah.

Saya adalah pengasas dan CEO Syarikat Haramain Resources Sdn Bhd. Kepakaran syarikat saya adalah membantu para pesakit kronik khususnya pengidap penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang untuk hidup lebih sehat, lebih bertenaga tanpa pengambilan ubat tambahan melalui pengambilan air minuman alkali ynag betsih, suci dan hidup. Alhamdulillah, ramai penderita penyakit kronik ini yang telah dibantu setakat ini

Tapi dulu, ramai pengidap penyakit ini yang hidup menderita. Kebanyakan golongan pesakit ini yang hidup menderita. Kita pun selalu melihat dengan mata-kepala kita sendiri keadan tersebut. Mungkin jiran kita, ibu bapa kawan2 kita atau sering kita terbaca di dada2 akhbar penderitaan golongan ini. Masakan tidak, kebanyakan mereka mendapat penyakit ini di waktu sudah lanjut usianya. Kebiasaan ppengidap penyakit ini tersangat lemah, tiada tenaga, mudah tercunggap2 hingga kadang-kadang terpaksa di papah untuk bergerak atau dibantu menggunakan kerusi roda. Kaki mereka biasanya bengkak, dan kebas. Akibatnya  ramai di antara mereka yang terpaksa di potong kakinya. Ada juga yang buta disebabkan kerosakan mata. Ada juga yang terpaksa bergantung kepada penggunaan mesin dialiasis seumur hidup. Tak kurang juga. ramai di antara pasangan hidup mereka yang menderita dan akhirnya ada yang meminta cerai dari pasangan masing2.

Saya sering bertemu dengan golongan pesakit seperti ini semasa menjalankan tugas harian. Kasihan sungguh. Untuk mengawal penyakit ini, golongan ini akan dibekalkan dengan pelbagai jenis ubat yang berlainan saiz, warna dan rasa untuk jangka masa seumur hidup. Akibatnya, ada sebilangan besar yang mengambil ubat tanpa mengikut peraturan. Malah ada yang terus sahaja berhenti dari mengambil sebarang ubat.

Disebabkan oleh keadaan yang menyedihkan ini, saya telah mengkaji beberapa kaedah alternatif untuk membantu meringankan beban golongan ini. Alhamdulillah, akhirnya  saya telah dipertemukan dengan satu kaedah yang mudah. murah dan Insya Allah berkesan. Saya dapati penggunaan air alkali yang betul pHnya dan jumlahnya, dibantu pula dengan air ini dihidupkan pula dengan doa dan ayat-ayat ruqyah yang dibacakan ke atasnya dapat membantu golongan ini.

D samping itu, saya akan cuba berkongsi pengalaman dan tip kesihatan untuk membantu orang ramai yang berdepan dengan masalah ini pada posting-posting lain.

Tuan puan boleh berinterkasi dan berhubung dengan saya melalui whatsaapp saya di 019 5793500 atau fb haramain resources sdn bhd.