Monday, 8 February 2016

TAHAP pH DALAM AIR MINUMAN CINTA DAN AIR BERALKALI AFIAT





Saya sering dihujani dengan banyak pertanyaan tentang kualiti air yang syarikat kami keluarkan dan pasarkan semasa bertemu para pelanggan. AO yang saya boleh perkatakan bahawa kualiti air yang dikeluarkan adalah setaraf dengan kebanyakan jenama yang sedia ada di dalam pasaran. Soalan kedua yang biasa ditanyakan adalah tentang tahap pH di dalam air minuman tersebut.


Kadar pH membezakan samaada air itu keras atau lembut - hard or soft. pH air tulin adalah 7. Umumnya, kalau pH kurang dari 7, air itu dipanggil berasid, dan kiranya melebehi 7, dipanggil beralkali. pH biasa utk air dipermukaan bumi adalah antara 6.5 - 8.5 sementara air bawah tanah adlaha antara 6 - 8.5.
  


Air yg mempunyai pH < 6.5 biasanya lembut tetapi bersikap menghakis. Air berasid mungkin mengandungi bahan galian bertoksik spt zat besi, mangan, plumbum - lead dan zinc. Air berasid mampu menghakis paip besi, dan boleh menyebabkan air berasa masam. Air berasid turut mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan. pH kurang dari 4 boleh menyebabkan mata bertukar merah dan gatal. pH kurang dari 2.5 pula meyebabkan kerosakan sel epithelium secara kekal.

Air yg mempunyai pH > 8.5 pula menandakan air mempunyai sifat keras, berasa pahit dan menyebabkan pembentukan sisik pada peralatan pencucian.. Ini juga mempunyai kesan negatif terhadap kulit. Contohnya pH >  11 menyebabkan kulit gatal dan menyebabkan penyakit kulit sedia ada bertambah serius. Ada bukti menunjukkan pH 10–12.5 boleh menyebabkan gentian rambut membengkak. Kadang-kadang ia turut boleh menyebabkan gangguan saluran pemakanan terhadap individu yg sensitif.



Kesimpulannya kandungan optimum adalah berbeza bergantung kepada pembekal dan sistem pemasangannya. Tetapi ia seharusnya diantara 6.5 - 9.5.


Guidelines for drinking-water quality, 2nd ed. Vol. 2. Health criteria and other supporting information. World Health Organization, Geneva, 1996.

No comments:

Post a Comment