Thursday, 10 March 2016

PROSES PEMBUATAN AIR MINUMAN CINTA



AIR MINUMAN “CINTA”.  

Meminum air yang bersih dan mencukupi adalah merupakan satu cara berkesan untuk menjaga kesihatan badan kita. Individu yang mempunyai bekalan air yang sihat ini berkeupayaan untuk:  

1.       i. Membantu penghadaman  makanan dan penyerapan nutrisi.
2.      ii.  Melancarkan perjalanan darah.
3.     iii.  Mengnyahkan toksin secara semulajadi.
4.      iv.  Mempunyai kulit yang anjal, sehat bersinar.
5.       v.Mengekalkan berat badan unggul.
6.   vi. Mengurangkan kerengsaan sendi dan otot.
                    
Malangnya, kebanyakan air minuman yang terdapat di sekeliling kita mengandungi banyak toksin (seperti arsenik, asbestos, raksa), pelbagai jenis racun perosak dan bahan tercemar lain serta mikro-organisma yang sangat membahayakan pengguna.  Hampir setiap hari kita mendengar atau membaca berita kes-kes keracunan dan pelbagai penyakit yang dideritai oleh masyarakat akibat dari kekurangan air atau akibat dari meminum air yang tercemar. Antaranya adalah seperti penyakit keracunan makanan, cirit-birit, dehidrasi, keletihan terlampau. strok, buah pinggang dan sebagainya. Malah, ada juga yang menemui maut berpunca dari masalah ini. 

Menyedari bahayanya masalah ini, maka Syarikat Haramain Resources Sdn Bhd telah tampil untuk membantu orang ramai mendapatkan bekalan air minuman yang bersih, selamat dan sesuai digunakan    




   


PROSES PENGHASILAN AIR MINUMAN CINTA .

1.  1.      Mendapatkan bekalan air dari sumber yang diperakui.

                     


2.     2.   Air akan  melalui dua lapisan penapis yang mengandungi silika dan karbon.  Lapisan penapis ini akan membuang partikel-partikel yang besar, sebahagian toksin dan racun organik yang terdapat di dalam air.
                                    

3.   3.     Seterusnya, air ini  akan melalui mesin osmosis berbalik (reverse osmosis, RO) yang menggunakan tekknologi terkini dari Amerika Syarikat. Dibantu dengan menggunakan satu sistem tekanan, air tersebut akan melalui satu penapis khas yang hanya akan membenarkan molekul kecil air untuk melepasinya dan akan menapis molekul-molekul besar seperti bahan buangan nuklear dan bahan kimia berat seperti arsenik dan lead dari melaluinya.


                               

4.      4.   Akhirnya, air ini akan melalui proses akhir pengnyahkuman menggunakan sinar ulta-violet untuk menghapuskan semua  jenis kuman dan mikro-organisma yang maseh terkandung di dalamnya.  Hasilnya adalah air minuman jenama “CINTA”yang bersih, selamat dan terjamin kesuciannya.




 

                             




PROSES PEMBUNGKUSAN

1.     1.  Mesin pembuatan botol automatik yang mengeluarkan botol minuman tanpa bergantung kepada pembekal lain. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz botol minuman yang mampu dikeluarkan.

           
                             

2.    2.   Mesin penyusunan botol ’scrambling machine’. Botol akan disusun berbaris untuk melalui proses berikutnya.


                                              

                                                                            
3.    3.    Mesin tiga dalam satu (3 in 1) yang melalukan proses pembersihan setiap botol menggunakan pancutan air bersih, seterusnya pengisian air dan akhirnya, botol-botol ini akan ditutup menggunakan peralatan automatik. Langkah ini adalah merupakan proses paling kritikal dalam pembungkusan air minuman.  

          
                              

4.     4.   Mesin automatik untuk menetapkantarikh pembuatan dan tarikh luput dan mesin automatik perlabelan untuk setiap botol.


                                      





5.     5.   Mesin pembungkusan automatik (wrapping machine).

              

   6.  Air sedia untuk dihantar kepada pengguna


   
. 



Kilang pembuatan air syarikat ini terletak di Blok B7, Premis Usahawan SME  Bank, Mergong  Barrage, Jln Lencong Barat, Alor Setar, Kedah. Alhamdulillah, dengan bantuan tenaga kerja yang sangat berdedikasi dan bertanggung-jawab, disamping penggunaan peralatan automatik berteknologi tinggi , syarikat ini mampu untuk mengeluarkan bekalan air minuman yang mencukupi untuk keperluan masyarakat. 

Syarikat ini turut bersedia untuk  mengeluarkan air minuman menggunakan jenama para pelanggan.
                               




SENARAI PELANGGAN
1.       Pengusaha hotel dan resort
2.       Pengusaha makanan dan  katering dan rangkaian pasaraya
3.       Pusat-pusat pengajian seperti universiti dan kolej
4.       Pusat-pusat rekreasi.                            
Oleh itu, saya menyeru para pelanggan agar menghubungi syarikat ini melalui nombor telefon, fax, email untuk sebarang maklumat berkaitan.

Dr Abd Rahim Tahir,
CEO and Founder,
Haramain Resources Sdn Bhd.

Hubungi    : 04 7343188 )tel/fax), 019 4551123 (Puan Hajjah Wan Suriani), 013 5993736 (Cik Eynah)
                   : whatsapp  019 5793500
                   : email: haramainresourcesb@gmail.com
Sila layari : www. haramaindrink.wordpress.com
                  : www. haramaindrink.blogspot.com
                  : www.facebook.com/haramaindrink.

No comments:

Post a Comment