Monday, 8 February 2016

PH AIR MINUMAN


Saya sering dihujani dengan banyak pertanyaan tentang kualiti dan tahap pH didalam air minuman yg syarikat kami bekalkan.
 
Secara umumnya, pH di dalam air minuman adalah salah satu indikator samada air tersebut sehat atau sebaliknya. Ia bergantung kepada tahap asid atau alkali yang terdapat di dalamnya. pH 7 adalah tahap normal, pH melebihi 7 dipanggil beralkali sementara air minuman dgn pH kurang dari 7, maka  itu dipanggil berasid.

Secara mudahnya, kita boleh gambarkan tahap pH berdasarkan ilustrasi berikut.
  • Jus oren - 3.5
  • Kopi - 5.5 
  • Susu - 6.2
  • Baking Soda - 8.5 
  • Air bersabun - 10
  • Bleach - 12 




Umumnya pH kurang dari 7 adalah bersifat lembut tetapi boleh menghakis. Kebiasaanya air berasid mempunyai kandungan ion toksik yg terdiri dari plumbum, mangan, zat besi dan zink. Ia boleh menghakis sistem paip besi dan menyebabkan air berasa masam. Selain daripada itu, air berasid pada tahap pH 4 boleh menyebabkan merah dan gatal mata kepada para pengguna. Malah, kajian menunjukkan bahawa lebih rendah aras pH, makin serius masalah yg dihadapi. Contohnya, pH kurang dari 2.5 boleh merosakkan sel epithelium secara kekal.

Air beralkali lebih dari 8.5 pula bersifat keras dan menyebabkan air terasa pahit. Air beralkali dengan pH melebihi 11 boleh menyebabkan kerengsaan mata dan penyakit kulit yg bertambah serius. Pada tahap pH 10 –12.5, ia boleh menyebabkan bengkak gentian rambut. Gangguan terhadap saluran pemakanan turut boleh berlaku terhadap individu yg sensitif. Seing juga berlakunya pembentukan sisik pada peralatan penyimpanan air yang digunakan. 

Kesimpulan.
pH adalah antara kualiti penting pada bekalan air minuman kita.
Tahap pH adalah berbeza bergantung kepada punca bekalan air dan sistem pembekalan yg digunakan. Walau bagaimanapun, tahap optimum pH yg boleh diterima pakai adalah antara 6.5 hingga 9.5 


Guidelines for drinking-water quality, 2nd ed. Vol. 2. Health criteria and other supporting information. World Health Organization, Geneva, 1996.© World Health Organization 2003




             




No comments:

Post a Comment